Kaukus Parlimen Setuju Rundingan TPPA Diteruskan

Diterbitkan: Isnin, 30 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kaukus Parlimen mengenai Perjanjian Perdagangan Trans-Pasifik (TPPA) bersetuju agar rundingan itu diteruskan kerana ia melindungi kepentingan dan kedaulatan negara.

Pengerusinya Datuk Ahmad Hamzah berkata pihak Kaukus Parlimen berpuas hati dengan penjelasan dan usaha kerajaan Malaysia bagi memastikan kepentingan negara diutamakan dalam perbincangan TPPA.

Ahmad, yang juga anggota Parlimen Jasin berpendapat rakyat perlu mendapat penerangan yang jelas daripada pihak berkaitan sebelum melemparkan sebarang tuduhan terhadap penjanjian berkenaan, sekali gus merugikan semua pihak.

"Kita mahu rundingan ini diteruskan kerana mungkin mendapat banyak faedah untuk semua pihak termasuk negara ini," katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan kali ketiga dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed, Isnin.

Kaukus Parlimen mengenai TPPA, yang dianggotai oleh 11 anggota Parlimen yang terdiri daripada enam wakil kerajaan Barisan Nasional dan lima wakil parti pembangkang, ditubuhkan bagi menilai serta mendapat maklum balas mengenai TPPA.

Menurut Ahmad, Kaukus Parlimen telah mengadakan dua perjumpaan dengan Mustapa sebelum pusingan ke-18 mengenai TPPA di Kota Kinabalu, Sabah pada Julai dan selepas pusingan ke-19 di Brunei pada Ogos lepas.

"Walaupun butiran rundingan tidak dapat didedahkan, Kaukus Parlimen mendapati kerajaan Malaysia telah menunjukkan usaha dan dedikasi bagi memastikan kepentingan negara diutamakan dalam perbincangan TPPA.

"Dan kerajaan tidak akan terburu-buru menandatangani perjanjian ini sehingga yakin manfaatnya terutama aspek melindungi kepentingan dan kedaulatan negara," katanya.

Sementara itu, anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar pula berpendapat, pertemuan ini merupakan satu inisiatif yang baik untuk memberi pandangan dalam usaha mendapatkan perjanjian dan terma yang terbaik dalam TPPA.

"Kami anggota-anggota Parlimen Pakatan Rakyat menyambut baik sebagai pemulaan, kita juga bersetuju penyambungan semula rundingan mengambil kira semua tuntutan sehingga mendapat ratifikasi di Parlimen," katanya.

Turut hadir pada pertemuan itu ialah Ketua Setiausahan MITI Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria, Pengarah Kanan MITI dan ketua perunding Malaysia, J. Jayasiri, serta Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBCC) Tan Sri Shahrir Abdul Samad. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan