486 Tuntutan Peraduan Gores Dan Menang Difailkan Sehingga 31 Ogos lalu

Diterbitkan: Isnin, 30 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 486 tuntutan peraduan gores dan menang difailkan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di seluruh negara sehingga 31 Ogos lalu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNK), Datuk Hasan Malek berkata, keseluruhan tuntutan yang difailkan dari tahun 2001 sehingga 31 Ogos lalu adalah sebanyak 1,540.

"Dalam pada itu, sebanyak 456 tuntutan difailkan pada 2011 manakala 598 lagi pada 2012," katanya dalam kenyataan bertulis kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang ingin mengetahui pecahan kes yang difailkan ke TTPM antara tahun 2011 hingga Ogos 2013.

Beliau berkata, kementerian secara konsisten menjalankan pemantauan dan pemeriksaan bagi membendung penipuan seperti itu.

"Pindaan Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011) yang dikuatkuasakan pada 1 November 2011 memperuntukkan kesalahan khusus di bawah seksyen 20 APD 2011 berkaitan pernyataan palsu atau mengelirukan mengenai peraduan atau permainan termasuk 'goreng dan menang'," katanya.

Menurut Hasan, kementerian turut mengambil tindakan yang lebih efektif terhadap pihak yang menganjurkan peraduan gores dan menang dengan cara mengelirukan orang ramai.

"Kementerian mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk melaporkan sebarang aktiviti penipuan berkaitan peraduan itu supaya tindakan segera dapat diambil terhadap pihak terbabit," katanya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan