Tidak Akan Undur Selagi Mimpi Tawan Putrajaya Gagal - Karpal

Diterbitkan: Ahad, 29 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Karpal Singh ketika menyampaikan ucapan di Kongres Khas DAP untuk pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP di One World Hotel di Petaling Jaya, Ahad. Foto AZMAN GHANI / THE STAR
Karpal Singh ketika menyampaikan ucapan di Kongres Khas DAP untuk pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP di One World Hotel di Petaling Jaya, Ahad. Foto AZMAN GHANI / THE STAR

PETALING JAYA: Pengerusi DAP, Karpal Singh menegaskan beliau tidak akan berundur daripada bidang politik selagi pembangkang gagal membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan.

Menurut pemimpin veteran DAP itu, beliau tidak meletakkan sebarang tempoh masa tertentu untuk menyerahkan kedudukannya kepada pemimpin generasi muda.

Malah Karpal turut membayangkan untuk terus kekal menjadi calon pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

"Pemimpin lama perlu berundur...itu proses biasa. Namun tidak akan berundur dalam masa terdekat, tapi dalam masa yang munasabah.

"Munasabah bermaksud lepas apa yang kami mimpikan iaitu untuk jadi kerajaan Persekutuan jadi kenyataan. Lepas itu baru bagi kepada orang muda," katanya ketika sidang media pada Kongres Khas DAP di sini, Ahad.

Terdahulu dalam ucapannya Karpal membayangkan bahawa beliau dan kepimpinan generasi lama dalam DAP perlu berundur bagi memberi laluan kepada generasi muda untuk menerajui parti itu.

Bagaimanapun menerusi sidang medianya, Karpal menjelaskan bahawa hasratnya itu hanya akan dilaksanakan selepas cita-cita politik DAP tercapai selepas PRU-14.

Ditanya kemungkinan DAP perlu mengambil masa yang lebih lama untuk mencapai sasaran tersebut, Karpal berkata: "Tak berapa lama lagi kerana kita akan menang dalam pilihan raya akan datang."

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan