Proses Pemilihan Semula CEC DAP Bermula

Diterbitkan: Ahad, 29 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Para perwakilan DAP membuang undi bagi pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti di One World Hotel di Petaling Jaya, Ahad. Foto AZMAN GHANI / THE STAR
Para perwakilan DAP membuang undi bagi pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti di One World Hotel di Petaling Jaya, Ahad. Foto AZMAN GHANI / THE STAR

PETALING JAYA: Seramai 49 calon bertanding merebut 20 kerusi dalam pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada Kongres Khas DAP 2013 di sini Ahad.

Proses pemilihan semula bermula 11.30 pagi itu diadakan susulan keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengenai perkara itu pada 30 Julai lepas.

Tindakan ROS itu dibuat berikutan aduan sesetengah anggota parti itu yang tidak berpuas hati dengan proses pemilihan CEC pada 15 Dis lepas yang didakwa mereka tidak dijalankan secara betul dan adil.

Ada dalam kalangan anggota parti pembangkang itu mendakwa tidak diberitahu tentang pemilihan CEC DAP tahun lepas.

Pengarah Strategik Pilihan Raya DAP, Dr Ong Kian Ming mengumumkan bahawa senarai calon yang digunakan kali ini kurang 19 berbanding senarai yang digunakan pada Kongres Kebangsaan DAP 2012 yang mempunyai 68 nama.

Ini kerana 17 calon telah menarik diri manakala dua lagi keluar parti.

Dr Ong berkata sejumlah 2,576 perwakilan dari 985 cawangan terlibat dalam pengundian pada Ahad dan keputusan dijangka diketahui lewat petang. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan