Presiden KMPP Tinggalkan DAP

Diterbitkan: Ahad, 29 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rahmad Isahak
Rahmad Isahak

GEORGE TOWN: Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) Rahmad Isahak pada Sabtu mengumumkan keluar daripada DAP berkuatkuasa serta-merta.

Tegasnya, keputusan itu diambil selepas menggambarkan kehadirannya dalam parti itu dalam tempoh singkat sebagai tragis dan tragedi hitam dalam hidupnya.

Rahmad juga berasa kecewa dengan kepimpinan parti yang diterajui Setiausaha Agung Lim Guan Eng.

"Saya hilang kepercayaan terutamanya terhadap setiausaha parti, oleh itu, saya di sini mengumumkan keluar daripada parti berkuatkuasa serta-merta.

"Parti ini sentiasa menggambarkan ia parti berbilang kaum tetapi hakikatnya tidak. DAP bukan parti untuk orang Melayu.

"Sekumpulan kecil orang Melayu dipergunakan untuk menghidupkan teg parti berbilang kaum. Tiada satu kerusi untuk orang Melayu daripada 19 kerusi Dewan Undang Negeri (DUN) yang ditandingi DAP pada pilihan raya umum yang lalu di Pulau Pinang," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan