Pemilihan Umno: Sukarelawan Dilatih Pastikan Pengundian Bebas Masalah - Berita Semasa | mStar

Pemilihan Umno: Sukarelawan Dilatih Pastikan Pengundian Bebas Masalah

Diterbitkan: Ahad, 29 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BENTONG: Umno yakin menguruskan pemilihan parti akan datang yang melibatkan lebih 146,000 perwakilan tanpa banyak masalah.

Timbalan presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ramai ahli dan sukarelawan telah dilatih untuk memastikan proses pengundian berjalan lancar.

"Satu simulasi pilihan raya juga sedang dijalankan untuk memastikan pemilihan yang sebenar boleh dilakukan tanpa terlalu banyak masalah," katanya selepas taklimat di institut latihan Umno di Janda Baik di sini Sabtu.

Beliau berkata, selain daripada latihan petugas-petugas parti, semua peralatan yang diperlukan seperti peti undi dan kertas undi, akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Pemilihan untuk Pemuda, Wanita dan Puteri akan diadakan pada 12 Oktober, manakala bagi jawatan majlis tertinggi (MT) akan diadakan seminggu kemudian.

Lebih 1,800 sukarelawan parti sedang dilatih untuk membantu menguruskan mengundi dan pengiraan undi, yang akan diadakan serentak di setiap 191 bahagian parti itu di seluruh negara.

Adapun apabila keputusan akan diumumkan, Muhyiddin berkata ia bergantung kepada berapa lama ia mengambil masa untuk menyelesaikan pengiraan jumlah undi.

Beliau berkata, kebanyakan bahagian yang mempunyai purata 600 perwakilan dijangka menyelesaikan proses pengundian menjelang waktu makan tengahari pada hari pemilihan, dan selepas itu keputusan akan dikira.

Beberapa bahagian yang lebih besar, yang mempunyai sehingga 3,000 perwakilan, mungkin mengambil masa lama.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan