Kerjasama PDRM, Interpol Mampu Tahan Penjenayah Ops Cantas Di Luar Negara

Diterbitkan: Ahad, 29 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ahmad Zahid Hamidi berbual dengan balu Allahyarham Koperal Zal-Azri Abdul Somad, Atiqah Mohd Rusdi sambil mendukung anak bongsu mereka, Mohamad Atiqullah, 5 bulan, dan diperhatikan oleh anak sulungnya, Mohamad Habibullah semasa menziarahi keluarga berkenaan di George Town pada Ahad. Foto BERNAMA
Ahmad Zahid Hamidi berbual dengan balu Allahyarham Koperal Zal-Azri Abdul Somad, Atiqah Mohd Rusdi sambil mendukung anak bongsu mereka, Mohamad Atiqullah, 5 bulan, dan diperhatikan oleh anak sulungnya, Mohamad Habibullah semasa menziarahi keluarga berkenaan di George Town pada Ahad. Foto BERNAMA

GEORGE TOWN: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin pihak polis mampu menahan penjenayah yang disyaki dalam Ops Cantas meskipun mereka berada di luar negara.

Beliau berkata, ini berikutan kerjasama yang terjalin dengan polis antarabangsa (Interpol) yang membolehkan pihaknya terus memperoleh maklumat bagi mematahkan tindakan individu disyaki terlibat dengan kegiatan jenayah dalam Ops Cantas.

"Jika mereka balik atau sekalipun tidak balik, Interpol akan membantu kami untuk menangkap, menahan dan kami akan mengambil tindakan undang-undang sebagaimana yang diperuntukkan," katanya.

Ahmad Zahid, yang sekali lagi menolak dakwaan Ops Cantas akan dihentikan pada 19 Oktober ini, berkata operasi itu tidak ada garis penamat selagi penjenayah berat tidak dibanteras.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan tunai kepada keluarga Allahyarham Kopral Zal-Azri Abdul Somad yang terkorban ketika menjalankan tugas di Melaka, Isnin lepas.

Ahmad Zahid turut menyertai majlis tahlil sebelum meluangkan masa kira-kira 20 minit bertemu ibu Allahyarham iaitu Zaiton Ismail, 54, serta balu Zal-Azri, Atiqah Mohd Rosdi, 30, dan dua anak pasangan itu, Mohamad Habibullah, 4, dan Mohamad Atiqullah, lima bulan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan