Isu Pemilihan CEC: Dialog Antara DAP Dan ROS Dicadang

Diterbitkan: Ahad, 29 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: DAP seharusnya mendengar nasihat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) bagi mengelakkan masalah melibatkan Akta Pertubuhan, kata seorang profesor undang-undang.

Profesor Emeritus Undang-undang dari UiTM, Datuk Dr Shad Saleem Faruqi turut mencadangkan supaya DAP mengadakan dialog bersama ROS dan mendengar nasihat jabatan itu.

Beliau berkata, ketika menjawab mengenai pertikaian antara DAP dan ROS sejak pemilihan baru yang dijadualkan pada Ahad dalam memilih anggota jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti.

ROS menasihatkan DAP untuk mengadakan pemilihan baru dalam kongres nasional yang memerlukan parti itu untuk memberi notis 10 minggu untuk cawangan dan perwakilan.

Bagaimanapun, DAP menegaskan tentang rancangan untuk mengadakan pilihan raya baru CEC dalam kongres khas di One World Hotel di sini Ahad selepas memberi notis kepada cawangan selama tiga minggu.

Mahkamah Tinggi memutuskan pada Jumaat bahawa ia tidak mempunyai bidang kuasa untuk campur tangan dalam hal ehwal parti apabila membatalkan saman yang difailkan oleh David Dass untuk menghentikan pemilihan baru.

Pengerusi Jawatankuasa Kongres Khas DAP, Anthony Loke, terdapat peruntukan untuk mengadakan pemilihan CEC dalam kongres khas di bawah Perintah Tetap parti 46 Jadual Pertama.

Sebagai tindak balas, Prof Shad berkata, perintah itu cuma tidak dapat menolak perlembagaan parti, kecuali perlembagaan membenarkan ia berlaku.

"Secara umumnya, undang-undang perintah yang lebih rendah tidak boleh menolak peraturan perintah yang lebih tinggi," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Setiausaha Penganjur MCA, Datuk Heng Seai Kie berkata, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng perlu mengambil tanggungjawab terhadap permasalahan itu dan bukannya cuba beralih menyalahkan kesilapan pemilihan kepada pihak luar.

Menyifatkan langkah Lim dalam menggesa Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman untuk meletakkan jawatan sebagai "gaya tipikal Guan Eng", Heng mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang itu supaya melepaskan jawatan dalam parti terlebih dahulu.

Beliau berkata, keputusan CEC yang bermasalah mendedahkan kecuaian dan kegagalan Lim untuk memimpin DAP.

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan