Bekas Adun Mengkibol Ng Lam Hua Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Diterbitkan: Ahad, 29 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ng Lam Hua.
Ng Lam Hua.

KLUANG: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mengkibol, Ng Lam Hua, meninggal dunia akibat serangan jantung di sini pada Ahad.

Beliau berusia 64 tahun.

Ng meninggal dunia apabila ambulans tiba di rumahnya di Taman Sri Kluang.

Ng yang meninggal dunia pada kira-kira pukul 5 pagi di sisi isterinya.

Ng terlibat dalam politik selama lebih 20 tahun dan merupakan bekas Ketua DAP Bahagian Kluang DAP dan bekas Ketua Cawangan Taman Intan.

Beliau tidak bertanding pada pilihan raya umum lalu.

Majlis penghormatan mendian diadakan pada Ahad dan Isnin di Taman Memorial Cina di Kluang manakala pengebumian akan diadakan pada pukul 10 pagi Selasa.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan