Shafee Terima Gelaran Tan Sri Daripada Agong

Diterbitkan: Sabtu, 28 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan mengurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran Tan Sri kepada Peguambela & Peguamcara kanan Tetuan Shafee & Co, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Md Abdullah di Istana Negara di Kuala Lumpur pada Jumaat. -Foto BERNAMA
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan mengurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran Tan Sri kepada Peguambela & Peguamcara kanan Tetuan Shafee & Co, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Md Abdullah di Istana Negara di Kuala Lumpur pada Jumaat. -Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Peguam terkenal Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah dianugerahkan gelaran Tan Sri bersama enam yang lain di Istana Negara.

Selain Dr Muhammad Shafee, Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Ahmad Maarop turut dikurniakan gelaran Tan Si.

Mereka mendahului senarai 174 penerima anugerah dan pingat kebesaran daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah at Istana Negara di sini.

Mereka menerima pingat Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran “Tan Sri”, bersempena dengan sambutan hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong Jun lalu.

Seramai tujuh penerima menerima darjah kebesaran berkenaan termasuk Dr Muhammad Shafee.

Selain Ahmad dan Dr Muhammad Shafee, dua individu lain yang turut menerima anugerah berkenaan ialah Penasihat Khas Agama kepada Perdana Menteri, Tan Sri Professor Dr Abdullah Md Zin; Penasihat Perdana Menteri Tan Sri Othman Abd Razak; Ketua Pegawai Eksekutif ABN Media Group, Tan Sri Ketheeswaran Kanagaratnam; Pengarah Landmarks Berhad Tan Sri Zakaria Abdul Hamid; dan Presiden Kumpulan dan Ketua Sapura Group, Tan Sri Shahril Shamsuddin.

Turut hadir pada majlis berkenaan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah. — BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan