Kebanyakan MCA Bahagian Mahu Chua Pertahan Jawatan

Diterbitkan: Sabtu, 28 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Lebih dua pertiga anggota MCA bahagian di Selangor menggesa presiden parti, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek untuk mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti Disember ini.

15 daripada 22 bahagian mengeluarkan kenyataan bersama mendakwa Timbalan Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai tidak sesuai menjadi presiden kerana beliau lebih mengutamakan kepentingan peribadi.

Mereka melabelkan Liow sebagai 'lemah dan penakut'.

15 bahagian itu adalah Klang, Kapar, Kuala Langat, Sepang, Kota Raja, Sungai Besar, Pandan, Hulu Selangor, Gombak, Subang, Tanjung Karang, Hulu Langat, Puchong, Sabak Bernam dan Ampang.

Dalam kenyataan yang dibacakan oleh timbalan pengerusi MCA Selangor dan ketua MCA Klang, Datuk Teh Kim Poo, mereka mendakwa pemilihan bahagian baru-baru ini menunjukkan ahli di peringkat akar umbi masih menyokong Dr Chua.

"Kami berharap presiden, mengambil kira kepentingan parti dan harapan kebanyakan ahli parti, akan terus mempertahankan jawatan sebagai presiden MCA dan mengetuai parti pada pemilihan Disember ini.

Teh berkata, keadaan politik pada hari ini memerlukan pemimpin berpengalaman dan kuat untuk menerajui MCA.

"Tanggungjawab terhadap kekalahan teruk dalam pilihan raya umum lalu tidak harus ditanggung sendiri oleh presiden.

"Liow sebagai pengerusi jawatankuasa persediaan pilihan raya umum, harus juga bertanggungjawab kerana dalam tempoh tiga tahun lalu, beliau tidak pernah mengunjungi pusat operasi MCA selain pusat operasinya sendiri. Beliau kurang prihatin terhadap parti," katanya.

Selepas pilihan raya umum lalu, Teh berkata Liow yang juga pengerusi pasukan petugas khas gagal menghalang penyokongnya daripada menjejaskan reputasi dan imej pemimpin-pemimpin MCA yang lain.

"Walaupun beberapa individu ini telah dipecat oleh lembaga disiplin, Liow masih mempertahankan mereka tidak bersalah.

"Ini menunjukkan bahawa dia tidak dapat membezakan antara hitam dan putih. Beliau lebih mengutamakan kepentingan peribadi kerana menolak kewujudan lembaga disiplin dalam parti itu," katanya.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan