Guan Eng Diminta Fahami Kenyataan ROS Mengenai Pemilihan Semula CEC DAP

Diterbitkan: Sabtu, 28 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan Datuk Abdul Rahman Othman sekali lagi meminta Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng membaca dan memahami apa yang dinyatakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berhubung pemilihan semula CEC parti itu.

Beliau menjelaskan ROS tidak pernah menyatakan DAP tidak boleh mengadakan kongres khas, sebaliknya mengingatkan parti itu agar mematuhi peruntukan dalam undang-undang tubuhnya sendiri semasa mengadakan pemilihan berkenaan.

"Dalam hal ini, penghantaran Notis Panggilan kepada anggota dalam tempoh 10 minggu seperti yang tercatat di dalam undang-undangnya harus dipatuhi,"katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Abdul Rahman juga berkata tindakan mahkamah terhadap DAP adalah oleh anggotanya sendiri dan tidak ada kaitan sama sekali dengan ROS kerana mereka yang membawa perkara berhubung pemilihan CEC parti itu, yang tidak teratur, ke muka pengadilan.

"Adalah tidak wajar ROS dikaitkan di dalam hal ini memandangkan tindakan ini adalah daripada akar umbinya sendiri," katanya.

Beliau berkata walaupun Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966 menyatakan hal ehwal parti adalah muktamad dan konklusif serta tidak boleh dibawa ke mahkamah, ini tidak bermakna ROS tidak mempunyai kuasa mengambil tindakan demi menegakkan kebenaran, khasnya apabila anggota parti terjejas.

"Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) adalah satu akta yang telah diluluskan oleh Parlimen dan semua pihak harus menghormatinya, dan ROS yang bertanggungjawab dalam menguatkuasakannya," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan