Empat Ketua MIC Bahagian di Kedah Menang Tanpa Bertanding

Diterbitkan: Sabtu, 28 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Empat Ketua MIC Bahagian di Kedah kekal menerajui bahagian masing-masing apabila menang tanpa bertanding selepas berakhirnya proses pencalonan di Pejabat MIC Sungai Petani.

Sementara lapan lagi bahagian akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu bagi merebut jawatan ketua bahagian pada mesyuarat bahagian masing-masing pada 11, 12 dan 19 Oktober depan.

Timbalan Pengerusi MIC Kedah M.L. Maran berkata beliau menang tanpa bertanding jawatan Ketua MIC Bahagian Baling manakala R. Muniandy di Bahagian Alor Setar, R. Varatharajoo di Pokok Sena dan S. Ganeson di Pendang.

"Lapan bahagian yang menyaksikan pertandingan adalah Kulim/Bandar Baharu, Padang Serai, Sungai Petani, Merbok, Jerai, Kuala Kedah, Langkawi dan Kubang Pasu.

Di Negeri Sembilan, tiga daripada lapan Ketua Bahagian MIC negeri itu mengekalkan jawatan masing-masing apabila diumum menang tanpa bertanding pada penamaan calon peringkat bahagian di Dewan Wisma MIC Negeri Sembilan di Seremban.

Mereka ialah Pengerusi MIC Negeri Sembilan yang juga penyandang Ketua MIC Bahagian Rasah Datuk T.Rajagopalu, penyandang Ketua MIC Bahagian Tampin Datuk S. Rajendran dan Ketua MIC Bahagian Jelebu yang baharu P. Subramaniam.

Penyandang Ketua MIC Bahagian Rembau Datuk V.S. Mogan akan ditentang oleh G. Kaliamoorthy dari cawangan Taman Tuanku Jaafar, penyandang Ketua MIC Bahagian Telok Kemang Datuk M. Veloo pula akan ditentang oleh Bendahari MIC Negeri Datuk R.

Balakrishnan, manakala penyandang Ketua MIC Bahagian Jempol T. Rajan Gopal akan dicabar oleh anggota Dewan Undangan Negeri Jeram Padang L. Manickam. Bagi Timbalan Pengerusi MIC Negeri yang juga penyandang Ketua MIC Bahagian Seremban Datuk A. Ganeson, beliau akan ditentang oleh bekas Setiausaha MIC Bahagian itu S. Batumalai, sementara penyandang Ketua MIC Bahagian Kuala Pilah A. Anandan tidak mempertahankan jawatannya dan memberi laluan kepada timbalannya M. Kalidas untuk jawatan itu.

Kalidas akan ditentang oleh Setiausaha MIC Bahagian itu R. Mahendran.

Proses penamaan calon pemilihan MIC peringkat bahagian yang bermula semalam membabitkan negeri Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka, Terengganu dan Kelantan.

Sementara itu, penyandang Ketua MIC Bahagian Kuala Terengganu Dr Dayal Krishnan mengekalkan jawatan selepas menang tanpa bertanding manakala Bahagian MIC Kemaman menyaksikan akan berlaku pertandingan bagi jawatan Ketua MIC Bahagian selepas berakhirnya proses pencalonan semalam.

Bahagian Kemaman menyaksikan calon baharu bagi tiga jawatan tertinggi selepas penyandang Ketua MIC Bahagian Kemaman R.Suppiah mengundur diri daripada bertanding.

Bercakap kepada Bernama, Suppiah berkata beliau juga berhasrat tidak mahu mengekalkan jawatan Pengerusi MIC Terengganu yang dipegang selama 16 tahun kerana ingin memberi laluan kepada muka baharu menerajui parti itu di Terengganu. "Kita akan menghantar senarai nama borang pencalonan ini pada pagi esok kerana di sini (Terengganu), Jumaat dan Sabtu adalah hari cuti. Segala keputusan akan dibuat oleh pihak tertinggi parti," katanya sambil menambah proses pencalonan berjalan lancar dan anggota MIC di Terengganu dilihat dapat menerima pertandingan merebut jawatan sebagai perkara biasa dalam arena politik.

Kaum India di Terengganu tidak ramai dan hanya dua bahagian parti itu diwujudkan di negeri ini.

Di PERAK, 10 daripada 24 Ketua Bahagian MIC negeri menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon peringkat bahagian di Dewan Kuil Sri Subramaniar di Gunung Cheroh hari ini.

Mereka ialah Datuk Dr Vengadesulu dari bahagian Gerik, G. Nadaraj (Lenggong), V. Sekaran (Padang Rengas), Datuk V. Boopalan (Kuala Kangsar), N. Pencheliah (Parit Buntar), S. Mogan (Parit), Datuk Dr M. Malasingam (Tapah), K. Thankaraj (Pasir Salak), Datuk G.Raju (Ipoh Barat) dan Datuk S. Veerasingam (Kampar).

Sementara itu, bahagian Tanjung Malim menyaksikan pertandingan tiga penjuru manakala 13 bahagian lagi satu lawan satu.

Pengerusi MIC Perak Datuk R. Ganesan yang akan mempertahan jawatan Ketua bahagian Ipoh Timur akan ditentang Dr S. Vasan.

-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan