Dua Ketua Umno Bahagian di Kelantan Digantung Hak Kelayakan

Diterbitkan: Sabtu, 28 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Tiga anggota Umno Kelantan, termasuk dua Ketua Umno Bahagian, digantung hak kelayakan untuk memilih, dipilih dan dilantik sebarang jawatan dalam parti oleh Lembaga Disiplin Umno berkuat kuasa 23 Ogos lepas.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Noor Zahidi Omar berkata mereka ialah Ketua Umno Bahagian Pengkalan Chepa Datuk Dali Hussin, Ketua Umno Bahagian Kubang Kerian Datuk Mohd Fauzi Ismail dan Anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Kubang Kerian Wan Nazli Wan Nawang.

"Mereka telah digantung hak untuk memilih, dipilih dan dilantik jawatan dalam parti seperti dalam Fasal 6.2.2 Perlembagaan Umno dan kita menerima surat daripada Lembaga Disiplin mengenai keputusan rayuan mereka hari ini," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata selepas mengemukakan rayuan, Dali digantung tiga tahun atau sepenggal berbanding enam tahun atau dua penggal sebelum rayuan.

Rayuan Mohd Fauzi pula ditolak Lembaga Disiplin yang mengekalkan tempoh penggantungannya selama sembilan tahun atau tiga penggal.

"Wan Nazli pula kekal dengan keputusan penggantungan sebelum ini, iaitu bagi tempoh selama enam tahun atau dua penggal," katanya sambil menambah ketiga-tiga individu didapati bersalah melanggar disiplin parti ketika pilihan raya umum lepas.

Bagaimanapun, Noor Zahidi tidak mengulas lebih lanjut kesalahan yang dilakukan mereka.

Sebelum ini, Dali dan Mohd Fauzi menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding bagi mempertahan jawatan ketua bahagian masing-masing manakala Wan Nazli tidak bertanding sebarang jawatan.

Mengulas perkara itu, Noor Zahidi berkata Umno Kelantan akan menerima senarai nama calon yang layak bertanding pada 7 Okobert ini.

Sebanyak 2,595 calon di Kelantan menyerahkan kertas pencalonan bagi semua jawatan di peringkat bahagian dan sayap pada pemilihan parti bulan depan. Daripada jumlah itu, 30 menarik diri termasuk tiga calon untuk jawatan ketua Umno bahagian. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan