Undang-Undang Pencegahan Jenayah Perlu Untuk Keselamatan Awam - Dr Mahathir

Diterbitkan: Jumaat, 27 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 diperlukan di Malaysia bagi keselamatan awam dan pencegahan jenayah.

Beliau berkata 'undang-undang ketat' itu akan membantu mencegah kes seperti kejadian tembakan yang kerap berlaku selepas Ordinan Darurat dimansuhkan. "Saya fikir negara buat masa ini memerlukan undang-undang ketat sedemikian. "Sebaik sahaja kita mansuhkan undang-undang, anda lihat apa yang terjadi kerana orang belum betul-betul maju dan berpendidikan untuk menghargai undang-undang," katanya selepas menyampaikan tawaran biasiswa kepada penerima Yayasan Jeffrey Cheah di Universiti Sunway dekat sini, Jumaat.

Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Rabu.

Pindaan itu membenarkan suspek jenayah berat ditahan tanpa perbicaraan.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata kemunculan banyak institusi pengajian tinggi swasta telah memberi peluang kepada pelajar yang tidak mendapat tempat di universiti awam.

Selain itu, institusi swasta yang semakin pesat berkembang membantu mengurangkan beban kerajaan untuk menyediakan tempat bagi memenuhi keperluan pendidikan yang semakin meningkat masa kini.

"Pihak swasta telah tolong dan ambil peluang untuk tubuh institusi pengajian tinggi bagi memenuhi keperluan pendidikan negara.

"(Ini membantu) Malaysia menjadi pusat pendidikan yang menjadi tumpuan pelajar dari luar kerana kos yang masih rendah tetapi mempunyai standard yang sama dengan universiti di negara maju," katanya.

Sebanyak 501 pelajar menerima biasiswa Yayasan Jeffrey Cheah. Amaun yang disalurkan pada 2013 ialah RM17.2 juta menjadikan jumlah keseluruhan biasisiwa diberikan yayasan itu setakat ini lebih RM132 juta.

Turut hadir isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan pemegang amanah dan pengasas yayasan itu Tan Sri Dr Jeffrey Cheah. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan