Tumpahan Bahan Radioaktif Di MASkargo LCCT

Diterbitkan: Jumaat, 27 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kebocoran kecil bahan radioaktif berlaku di kawasan simpanan MASkargo di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) pagi Jumaat.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat LCCT, Azmi Saddon berkata kakitangan MASkargo memindahkan sebuah kotak mengandungi bahan radioaktif UN 2916 apabila ia terbalik dan tertumpah bahan tersebut ke lantai.

"Namun, tiada siapa cedera dan bahan radioaktif itu adalah rendah serta tidak mendatangkan kemudaratan kepada orang ramai.

"Anggota kami dalam proses membersihkan tumpahan itu," katanya kepada The Star Online.

Menurut Pertubuhan Maritim Kebangsaan (IMO), UN 2916 adalah bahan radioaktif Kelas 7, biasanya digunakan untuk tujuan perubatan dan kesihatan awam.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan