Tiada Lagi Hukuman Serentak

Diterbitkan: Jumaat, 27 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sesiapa didapati bersalah atas pelbagai kesalahan kini akan menjalani hukuman mengikut tempoh bagi setiap jenayah yang dilakukan dengan hukuman serentak tidak dibenarkan di bawah pindaan Kanun Prosedur Jenayah.

Sebagai contoh, individu yang disabitkan atas kesalahan pecah rumah dan curi perlu menjalani hukuman untuk setiap kesalahan secara berasingan.

Dan memandangkan kesalahan pecah rumah dan curi masing-masing memperuntukkan penjara maksimum dua dan tujuh tahun, pesalah boleh dipenjarakan selama sembilan tahun.

Perenggan baru (e) Seksyen 282 Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2013 menyatakan:"Apabila seseorang didapati bersalah dalam satu perbicaraan melibatkan dua atau lebih kesalahan, mahkamah tidak boleh memerintahkan hukuman berjalan serentak.

Rang Undang-Undang itu dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada Rabu.

Satu lagi cadangan pindaan dalam Rang Undang-Undang menolak budi bicara hakim digunakan dalam Seksyen 294 bagi pesalah bawah umur kali pertama.

Dengan pindaan itu, hakim tidak lagi mempunyai budi bicara untuk melepaskan pesalah yang dalam tempoh percubaan untuk berkelakuan baik sekiranya terdapat hukuman minimum yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.

Pindaan ini dilakukan selepas bantahan awam terhadap hukuman ringan yang melibatkan kesalahan rogol bawah umur, walaupun terdapat hukuman mandatori minimum penjara lima tahun.

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk K.C. Vohrah berkata budi bicara sama ada untuk mengenakan hukuman serentak atau berturut-turut biasanya bergantung kepada majistret dan hakim-hakim Mahkamah Sesyen kerana kes-kes tersebut di bawah bidang kuasa mereka.

"Mereka akan mengenakan hukuman serentak jika beberapa kesalahan dari jenis yang sama dilakukan pada waktu yang sama atau dua atau tiga kesalahan itu dinyatakan dalam satu masa.

"Tertuduh akan dihukum bagi setiap kesalahan tetapi kini mahkamah boleh memerintahkan hukuman dijalankan bersama iaitu, pesalah menjalani hukuman penjara lebih lama," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan