Proses Penamaan Calon Pemilihan MIC Peringkat Bahagian Bermula Hari Ini

Diterbitkan: Jumaat, 27 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Proses penamaan calon pemilihan MIC peringkat bahagian bermula Jumaat membabitkan negeri Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka, Terengganu dan Kelantan.

Setiausaha Agung MIC A. Sakthivel berkata penamaan calon bagi negeri Johor, Perak, Pahang dan Sabah akan berlangsung pada Sabtu, manakala bagi Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Perlis dan Labuan pada Ahad ini.

"Kesemua proses penamaan calon akan berlangsung dari jam 4 hingga 6 petang di pejabat bahagian negeri masing-masing," katanya.

Sakthivel berkata pemilihan itu melibatkan jawatan ketua bahagian, timbalan ketua bahagian, naib ketua bahagian, perwakilan ke perhimpunan agung dan dua juruaudit.

"Kita jangka kali ini berlaku pertandingan sengit bagi jawatan-jawatan ini," katanya.

Proses penamaan calon itu diuruskan oleh Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC.

Terdapat 156 bahagian MIC di seluruh negara.

Perwakilan yang dipilih daripada bahagian itu akan mengundi bagi jawatan timbalan presiden, tiga naib presiden dan 23 anggota Jawatankuasa Kerja Pusat semasa perhimpunan agung parti itu pada bulan November.

Pengundian bagi bahagian dijadualkan antara 6 Oktober dan 19 Oktober ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan