PRK DUN Sungai Limau Selewat-Lewatnya 27 November

Diterbitkan: Jumaat, 27 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Azizan Abdul Razak.
Azizan Abdul Razak.

PETALING JAYA: Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau ekoran kematian Tan Sri Azizan Abdul Razak akan diadakan selewat-lewatnya 27 November ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, SPR mempunyai tempoh 60 hari dari hari ini (Jumaat) untuk mengadakan pilihan raya kecil.

"Kita akan mengadakan mesyuarat khas untuk menetapkan tarikh untuk penamaan calon dan hari mengundi selepas Speaker DUN Kedah memaklumkan kami mengenainya (kekosongan) secara rasmi dalam bentuk bertulis," katanya.

Tiada hari mengundi awal kerana tidak ada polis dan askar mendaftar sebagai pengundi di kawasan itu, katanya.

"Kami mempunyai dua penduduk Sungai Limau yang berdaftar di luar negara. Undi pos akan dibuka kepada petugas media dan kakitangan SPR yang bertugas," kata Aziz.

Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah, berkhidmat sebagai Menteri Besar Kedah yang ke-10 selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 2008.

Sambil mengucapkan takziah kepada keluarga Azizan, Aziz menyifatkan beliau sebagai pemimpin yang baik.

"Dia juga pandai berjenaka," katanya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Mei lalu, Azizan mempertahankan kerusi yang disandangnya dengan memenangi majoriti undi 2,774 dalam pertembungan empat penjuru.

Azizan dimasukkan ke hospital sehari selepas hari pengundian akibat komplikasi penyakit diabetes yang dihidapinya.

Allahyarham meninggal dunia kira-kira pukul 11.05 pagi Khamis ketika sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, Kedah.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan