PM Unjur Rundingan TPPA Menjadi Sukar

Diterbitkan: Jumaat, 27 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjangka rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan menjadi sukar dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Penyelesaiannya, kata beliau ialah untuk menjadi fleksibel supaya perkara itu akan dimuktamadkan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan semasa syarahan 'The New Meetings, Moderation: The New Modernity' (Pertemuan Baharu, Kesederhanaan: Kemodenan Baharu), yang ditaja bersama Council on Foreign Relations (CFR)'s Religion dan Foreign Policy Initiative, di Peter G. Peterson Hall, The Harold Pratt House, New York.

Peserta yang bertanya soalan itu merupakan anggota CFR di Washington DC, yang mengambil bahagian pada mesyuarat itu melalui sidang video.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata Malaysia bersetuju untuk mengambil bahagian dalam rundingan itu kerana beliau adalah seorang yang amat percaya dalam perdagangan bebas dan rantau terbuka.

Najib berkata beliau melihat konteks peningkatan perdagangan dan pelaburan akan menjadi besar bagi negara-negara yang terlibat, termasuk Malaysia dan Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, TPPA tidak berhenti kepada perdagangan dan pelaburan sahaja, kerana terdapat isu-isu lain yang akan mencabar kepentingan domestik Malaysia, kata beliau. Najib berkata sebagai anggota Parlimen yang dipilih, beliau perlu menangani kebimbangan rakyat.

"Kami mahu melakukan kedua-duanya, satu perjanjian untuk merangsang pertumbuhan bagi rantau ini secara keseluruhan, tetapi pada masa yang sama kami memerlukan sokongan rakyat," kata beliau.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed telah berkata pada Dewan Rakyat baru-baru ini bahawa kerajaan tidak akan bertolak ansur terhadap kepentingan Bumiputera serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam rundingan TPPA.

Najib ditanya mengenai pelbagai topik dalam program ini, daripada politik hingga kewangan dan ekonomi.

Bagi soalan mengenai hutang Malaysia yang tinggi dan defisit fiskal, Perdana Menteri berkata angka kedua-dua naik kerana Asia Tenggara sedang menghadapi krisis kewangan.

"Dengan meningkatkan perbelanjaan kerajaan, hutang juga meningkat. Kami mempunyai sektor luar bandar yang besar, pada 2009 defisit adalah 6.7 peratus, tahun lepas 4.5 peratus, tahun ini 4 peratus dan menjelang akhir tahun ini kepada 4 hingga 4.4 peratus, pada 2015 tiga peratus, dan belanjawan imbangan dijangka pada 2020 (tahun Malaysia dijangka mencapai negara maju dan berpendapatan tinggi)," kata beliau.

Perdana Menteri berkata, baru-baru ini Malaysia menaikkan harga petrol (dan diesel) untuk mengurangkan pembayaran subsidi, dan beliau percaya langkah berkenaan betul untuk dilakukan walaupun bukan satu keputusan popular.

Ketika ditanya mengenai isu mewujudkan masyarakat yang harmoni dan inklusif, Najib berkata 67 peratus daripada masyarakat Malaysia adalah Bumiputera, termasuk tujuh peratus Bumiputera bukan Islam. "Jika 67 peratus ini ketinggalan, maka kami mewujudkan ketidakstabilan. Itulah sebabnya kami mahu melihat masyarakat yang adil, saksama dan menyeluruh supaya kekayaan itu diagihkan secara adil dengan cara yang inklusif dan pembahagian kekayaan negara yang saksama.

"Walaupun kerajaan mengambil tindakan afirmatif, tetapi paras pendapatan bukan Bumiputera telah meningkat lebih cepat (selepas itu). Sekiranya anda tidak melaksanakan tindakan pembetulan, maka jurang akan menjadi yang lebih buruk lagi," kata beliau.

Najib berkata tindakan afirmatif bukan satu pemberian kerana dilakukan berdasarkan merit dan rakyat akan dibantu hanya apabila mereka berhak.

Sesi itu dihoskan Fareed Zakaria dari CNN, Editor Tugas-tugas Khas Majalah TIME dan anggota Lembaga Pengarah CFR. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan