Perkahwinan Berlainan Agama Boleh Diambil Tindakan - Jakim

Diterbitkan: Jumaat, 27 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perkahwinan berlainan agama tidak dibenarkan dan tidak diiktiraf di negara ini serta boleh diambil tindakan oleh pihak berkuasa agama di negeri-negeri, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha.

Beliau berkata Seksyen 10 Akta/Enakmen Undang-undang Keluarga Islam menyatakan tiada seseorang lelaki boleh berkahwin dengan seseorang perempuan bukan Islam dan tiada seseorang perempuan boleh berkahwin dengan seseorang lelaki bukan Islam.

"Pandangan yang mengatakan bahawa perkahwinan berlainan agama adalah satu paradigma kepada pembangunan peradaban adalah salah sama sekali dan berlawanan dengan prinsip akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Beliau mengulas hasil kajian Universiti Malaysia berhubung isu liberalisme iaitu wujud trend perkahwinan umat Islam dengan pasangan bukan Islam tanpa menukar agama.

Dua hari lepas, Pensyarah Kanan Jabatan Akidah dan Pemikiran Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof Madya Dr Khadijah Hambali meminta pihak berkuasa agama di negara ini melaksanakan langkah khusus bagi membendung fenomena itu. Othman turut meminta pihak yang berkenaan tampil membuat aduan secara rasmi di mana-mana Jabatan Agama Islam mengikut tempat berlakunya kes itu bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil kepada pihak yang melaksanakan perkahwinan.

"Setiap pertuduhan hendaklah disokong dengan pembuktian dan Jakim selaku penyelaras Hal Ehwal Agama Islam sangat prihatin dengan isu ini serta memohon supaya aduan ini sampai secara rasmi kepada pihak penguatkuasa JAIN (Jabatan Agama Islam Negeri)," katanya.

Beliau berkata sehingga kini, Jakim tidak menerima apa-apa laporan rasmi daripada JAIN berhubung pendaftaran perkahwinan berlainan agama.

Malah, pihaknya juga tidak menerima sebarang aduan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhubung isu perkahwinan antara orang Islam dan bukan Islam di negara ini.

"Ini menunjukkan perkahwinan berkenaan bukan sahaja tidak didaftarkan di JAIN, malah tidak juga didaftarkan di JPN," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan