Pengendali Bas Wajib Patuhi Pekeliling SPAD Untuk Kurang Risiko Kemalangan - Berita Semasa | mStar

Pengendali Bas Wajib Patuhi Pekeliling SPAD Untuk Kurang Risiko Kemalangan

Diterbitkan: Jumaat, 27 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Semua pengendali bas di kawasan tanah tinggi kini diwajibkan mematuhi Pekeliling Pelaksanaan Kod Amalan Industri - Keselamatan bagi mengurangkan risiko kemalangan.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam kenyataan hari ini menyatakan pekeliling itu berkuat kuasa 9 September lepas antara lain mengandungi keperluan pemasangan 'Global Positioning Satelite system' (GPS), 'Anti-lock Bracking system' (ABS) dan kamera litar tertutup (CCTV) di ruang penyimpan barang atau kawasan bersesuaian.

Pekeliling itu juga meliputi keperluan pemasangan sistem keselamatan brek seperti 'engine retarder' atau 'exhaust brake', tali pinggang keledar untuk semua kerusi penumpang dan pematuhan peraturan keselamatan antarabangsa mengenai keselamatan 'super structure' kenderaan.

Semua pegawai keselamatan dan penyelia syarikat juga diwajibkan memantau pemandu dan kenderaan sebelum perjalanan dimulakan. SPAD juga telah menubuhkan Jawatankuasa Inkuiri Kemalangan Bas - Genting bagi meneliti secara terperinci bukti dan laporan berkaitan kemalangan bas di Jalan Genting Highlands yang mengorbankan 37 mangsa bulan lepas.

Jawatankuasa itu diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif SPAD Mohd Nur Ismail dan dianggotai Polis Diraja Malaysia, Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Kementerian Kerja Raya dan agensi lain yang dikenal pasti oleh SPAD. -BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan