Pelajar JPA Bebas Teruskan Pengajian Di Malaysia Atau Mesir - KP JPA

Diterbitkan: Jumaat, 27 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi kebebasan kepada pelajar yang dibiayainya di Mesir sama ada meneruskan pengajian mereka di negara itu atau belajar di universiti tempatan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata setakat ini banyak yang memilih untuk kembali ke Mesir. "JPA tiada masalah terhadap keputusan mereka tetapi mereka dinasihati agar sentiasa berhubung dengan Kedutaan Malaysia di Kaherah dan Pegawai Penasihat Pendidikan dan Latihan JPA di Kaherah, Muhamad Zikril Azan Abdullah," katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis Ramah Mesra Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bersama lebih 600 pelajar tajaannya di Mesir, di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang dekat sini, Jumaat.

Bagi yang memilih menyambung pengajian di sini, JPA meneruskan pembiayaan iaitu untuk yang ditaja, pembiayaan berdasarkan kadar biasiswa di Malaysia, manakala bagi skim pinjaman, pembiayaan mengikut baki pinjaman pelajar, katanya.

Menurut Mohamad Zabidi, bagi pelajar yang memohon menyambung pengajian di universiti tempatan, keputusan akan diketahui selewat-lewatnya 19 Oktober ini.

"Mengikut stastistik Kementerian Pendidikan, terdapat lebih 2,000 pelajar memohon untuk mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) tempatan yang membabitkan pelajar tajaan JPA, Mara dan lain-lain," katanya.

Untuk mengetahui status permohonan mereka, pelajar boleh menghubungi JPA di talian 03-88853939, 03-88853511 atau 03-88853491 atau menghubungi bilik operasi Kementerian Pendidikan di talian 03-88706611, katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan