Malaysia Komited Patuhi Prinsip Hak Asasi Manusia

Diterbitkan: Jumaat, 27 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan sentiasa komited dalam mematuhi prinsip-prinsip hak asasi manusia termasuk memberi pertimbangan sewajarnya dalam menyertai konvensyen-konvensyen antarabangsa berkenaan hak asasi manusia.

Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin berkata dalam masa yang sama kerajaan tidak boleh bertoleransi dengan apa-apa perkara yang tidak bermoral serta bertentangan dengan undang-undang, etika dan nilai agama serta budaya yang diamalkan di negara ini, seperti kecenderungan seks tidak normal.

"Sebelum Malaysia menyertai mana-mana konvensyen antarabangsa, kajian menyeluruh dan terperinci perlu dilaksanakan bagi memastikan semua peruntukan konvensyen berkenaan boleh dilaksanakan melalui rangka perundangan negara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya ketika dihubungi Bernama pada Jumaat bagi menjelaskan jawapan ucapan penangguhan di Dewan Rakyat, Khamis.

Katanya perkara yang selalu mendapat perhatian kerajaan adalah berkaitan hak kanak-kanak, wanita, golongan kurang upaya, Orang Asli dan golongan lemah yang lain.

"Ini terbukti dengan penyertaan Malaysia ke tiga konvensyen antarabangsa berkaitan hak wanita, hak kanak-kanak dan hak orang kurang upaya," katanya.

Bagaimanapun katanya, hak-hak asasi yang dipraktikkan di Malaysia tidak bersifat mutlak kerana mengambil kira sensitiviti serta norma-norma baik dari segi agama, budaya dan peradaban.

Hamzah berkata proses mengkaji konvensyen-konvensyen hak asasi manusia antarabangsa dilakukan secara berterusan bagi memastikan ia selaras dengan sistem perundangan negara sebelum menyertainya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan