Banyak Aduan Syarat Berkempen Pemilihan Umno Terlalu Ketat - Khairy

Diterbitkan: Jumaat, 27 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAMPIN: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berharap Jawatankuasa Pemilihan dan Jawatankuasa Lembaga Disiplin Umno dapat memikirkan semula syarat berkempen kepada calon yang bertanding menjelang pemilihan Umno bulan depan.

Beliau mendakwa menerima banyak aduan daripada calon dan anggota Pemuda Umno yang menyatakan syarat berkempen itu terlalu ketat.

"Syarat dikenakan pada calon pada pemilihan kali ini agak terlalu ketat sehingga tidak boleh berkempen, tidak boleh mengadakan majlis untuk berjumpa dengan perwakilan dan mesti hanya hadir pada majlis rasmi dianjurkan Badan Perhubungan.

"Saya rasa bagi generasi muda dalam Umno, kita memerlukan kebebasan yang lebih luas sebab hari ini kita tidak boleh ada syarat yang terlalu ketat. Hari ini kita ada media sosial dan kalau sekiranya kita tidak boleh berkempen secara peribadi maka semua yang kita buat dalam media sosial itu pun sama juga," katanya kepada pemberita selepas majlis Pemuda Umno Tampin meraikan pelantikan beliau sebagai Menteri Belia dan Sukan di sini, Khamis.

Oleh itu, beliau berharap Jawatankuasa Pemilihan dan Jawatankuasa Lembaga Disiplin Umno dapat memikirkan dan mengkaji semula syarat itu.

"Kalau sekiranya ada calon yang nak berjumpa dengan perwakilan, nak kempen nak minta supaya perwakilan itu undi dia, saya rasa ini bukanlah satu kesalahan.

"Kempen secara berhemahlah. Kalau sekiranya ada serangan peribadi, fitnah dan politik wang....itu kita boleh diambil tindakan," katanya.

Mengenai seorang calon Pemuda Umno Tun Faizal Ismail Aziz yang digugurkan daripada senarai pemilihan kerana dikatakan tidak memenuhi syarat, Khairy berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana ini adalah masalah teknikal menyebabkan beliau terkeluar daripada pertandingan.

"Saya telah membuat rayuan kepada pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan semalam pun saya telah berbincang dengan pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Tan Sri Tajol Rosli Ghazali tentang kes ini sebab Tun Faizal adalah calon yang disokong oleh Pemuda Umno.

"Selain daripada itu, ini soal keadilan. Bagi saya, janganlah kerana teknikal, kerana tidak disebut di situ jawatan pusat....dia dikeluarkan. Secara hakikinya Jawatankuasa Pemuda pusat lagi tinggi daripada jawatankuasa bahagian. Jadi, takkanlah disebabkan teknikal, dia terkeluar daripada pertandingan. Saya rasa itu tidak adil. Saya sudah buat rayuan dan harap rayuan itu diterima," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan