Abdul Rahim Angkat Sumpah Jawatan Senator Penggal Kedua - Berita Semasa | mStar

Abdul Rahim Angkat Sumpah Jawatan Senator Penggal Kedua

Diterbitkan: Jumaat, 27 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengasas syarikat hartanah Rahim & Co Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman pada Jumaat mengangkat sumpah sebagai senator bagi penggal kedua di Dewan Negara.

Majlis angkat sumpah itu berlangsung di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Abdul Rahim, 73, bekas Timbalan Presiden Sedunia Persatuan Hartanah Antarabangsa (1991-1992) kali pertama mengangkat sumpah sebagai senator pada 3 Mei 2010.

Berasal dari Kampung Aur Duri, Kota Baharu, Kelantan, Abdul Rahim melanjutkan pelajaran di Hammersmith College of Art and Building, London pada 1962 dan College of Estate Management, London pada 1965, serta mempunyai kelayakan profesional iaitu Jurukur Berkanun.

Abdul Rahim, yang pernah memegang jawatan antaranya Timbalan Pengerusi Umno Bahagian Pasir Mas pada 1992, berkahwin dengan Datin Zainab Mohd Osman pada 1965 dan dikurniakan tiga anak perempuan serta seorang lelaki.

Abdul Rahim ketika ditemui pemberita mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mengesyorkan beliau menjadi semula Ahli Dewan Negara buat kali kedua selepas khidmat penggal pertamanya tamat pada 3 Mei lepas.

Beliau turut berjanji akan menumpukan sepenuh tenaga memberikan perbahasan berkualiti demi kepentingan negara. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan