Abdul Hadi Awang Kechil Dilantik Semula KP JLKN

Diterbitkan: Jumaat, 27 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Abdul Hadi Awang Kechil
Abdul Hadi Awang Kechil

KUALA LUMPUR: Datuk Abdul Hadi Awang Kechil pada Jumaatdilantik semula sebagai Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN)selama setahun berkuat kuasa hari ini.

Menurut kenyataan Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pertahanan, pelantikan beliau mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah selaras dengan peruntukkan mengikut Akta Latihan Khidmat Negara 2003.

Abdul Hadi menyandang jawatan Ketua Pengarah JLKN mulai 2 Februari 2007 sehingga bersara wajib pada 29 Ogos 2011.

Selepas itu, beliau memegang jawatan itu secara kontrak sehingga 28 Ogos lepas. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan