Tiada Perubahan Dalam Senarai Nombor Calon - Tiada Yang Tarik Diri Kecuali Hamidah

Diterbitkan: Khamis, 26 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hamidah Osman.
Hamidah Osman.

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Wanita Umno, Datuk Hamidah Osman calon tunggal yang menarik diri daripada jawantkuasa peringkat pusat pada pemilihan kali ini.

Beliau menarik diri daripada saingan merebut jawatan Naib Ketua Wanita Umno.

"Hanya seorang sahaja calon di peringkat pusat menarik diri daripada 260 orang yang bertanding pada pemilihan kali ini hanya Hamidah, kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali pada sidang media khas di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Rabu.

Beliau turut mengesahkan tiada perubahan dalam senarai nama mengikut undian yang dibuat Sabtu lalu.

Keputusan itu menjadikan jawatan naib ketua wanita hanya menyaksikan pertembungan dua penjuru antara Exco Wanita yang juga Adun Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob, dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun.

"Bagi jawatan presiden, dan timbalan presiden kekal seorang calon yang layak bertanding, naib presiden enam orang, Majlis Tertinggi 64 orang.

"Bagi jawatan ketua wanita tiga calon yang layak, tiga bagi naib ketua dan 44 orang bagi jawatan exco wanita," katanya.

Untuk sayap Pemuda pula, Tajol berkata lima calon layak bertanding bagi jawatan ketua pemuda, naib ketua empat orang dan 77 bagi jawatan exco Pemuda.

Sayap Puteri pula, dua calon bagi ketua puteri, tiga bagi naib ketua dan 30 exco Puteri.

Sementara itu beliau berkata sekiranya berlaku keputusan seri bagi sebarang jawatan di peringkat pusat konsep undi popular akan diguna pakai untuk menentukan pemenang.

Pencalonan mengikut negeri, Johor (4250), Kedah (28,848), Kelantan (2595), Melaka (1193), Negeri Sembilan (1436), Pahang (2628), Perak (3983), Perlis (638), Pulau Pinang (1960), Sabah (4453), Selangor (4035),Terenganu (1540) dan Wilayah Persekutuan (2123).

Daripada jumlah 33,682 pencalonan, 268 orang telah menarik diri di peringkat negeri.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan