Tiada Kepentingan Peribadi - Surendran

Diterbitkan: Khamis, 26 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran menafikan beliau mempunyai kepentingan peribadi apabila membangkitkan usul rayuan petisyen kes kematian dalam tahanan sebelum sesi soal jawab Dewan Rakyat bermula, pada Rabu.

Beliau yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, sebagai peguam yang mewakili keluarga mangsa, beliau melakukannya secara pro bono (sukarela tanpa sebarang bayaran).

"Jadi, tidak benar saya timbulkan isu ini kerana ada kepentingan peribadi. Malah, saya langsung tidak ada niat mahu jadi hero.

"Sudah lebih 15 tahun saya memperjuangkan kes kematian dalam tahanan, jadi kes ini begitu dekat di hati saya. Apatah lagi apabila melihat ahli keluarga mangsa menangis kerana kehilangan ahli keluarga," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang mengingatkan ahli Parlimen agar tidak menggunakan sidang Parlimen untuk kepentingan peribadi masing-masing.

Pada Rabu, Surendran diarah keluar daripada sidang Dewan Rakyat kerana membangkitkan satu petisyen meskipun ia tidak diluluskan oleh speaker.

Mengulas lanjut, Surendran juga menganggap larangan Pandikar yang tidak membenarkan orang luar masuk dan menggunakan kemudahan Parlimen untuk kepentingan masing-masing atas sebab keselamatan, sebagai mengarut.

"Saya tak bersetuju dengan pandangan beliau. Sepatutnya kita jadikan Parlimen sebagai tempat yang mesra kepada rakyat bukan esklusif kepada ahli Parlimen sahaja.

"Orang ramai perlu diberi akses untuk memasuki Dewan Rakyat. Sebagai ahli Parlimen, saya akan terus memperjuangkan hak rakyat untuk masuk ke dalam Parlimen," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan