SPR Akan Adakan Mesyuarat Bincang Kekosongan Kerusi DUN Sungai Limau

Diterbitkan: Khamis, 26 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas sebaik menerima notis rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah berhubung kekosongan kerusi DUN Sungai Limau berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, selepas menerima notis itu, yang dijangka pada Jumaat atau Sabtu, pihaknya mempunyai tempoh masa 60 hari untuk mengadakan pilihan raya kecil.

"... bila dapat (notis) kami akan adakan mesyuarat khas bagi menentukan tarikh yang sesuai untuk hari penamaan calon dan hari mengundi bagi pilihan raya kecil," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Katanya, beliau mengenali Allahyarham secara peribadi sebagai seorang yang berperwatakan baik dan suka berjenaka.

Beliau mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Allahyarham mempertahan kerusi DUN Sungai Limau yang dimenanginya sejak 1995 pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) Mei lalu, selepas menewaskan sepupunya Fazillah Mohd Ali dari Barisan Nasional (BN), dengan majoriti 2,774 undi.

Bekas menteri besar Kedah itu meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar pukul 11.05 pagi berikutan jangkitan kuman dan kegagalan organ dalaman yang pelbagai, selepas lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan