Sesi Pengenalan Calon Ditukar Dari 1 Oktober Ke 2 Oktober - Berita Semasa | mStar

Sesi Pengenalan Calon Ditukar Dari 1 Oktober Ke 2 Oktober

Diterbitkan: Khamis, 26 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jadual sesi pengenalan calon bagi jawatan Majlis Tertinggi (MT) dan ketiga-tiga sayap pusat yang sepatutnya diadakan mulai 1 Oktober ditukar ke 2 Oktober.

Menurut Umno di dalam laman webnya www.umno-online.com.my , pada 2 Oktober, sesi pengenalan calon akan diadakan di Perlis pada pukul 9.30 pagi, Kedah (3.30 petang) dan Pulau Pinang (8.30 malam).

Seterusnya, pada 4 Oktober, sesi memperkenalkan calon diteruskan di Perak pada pukul 9.30 pagi, Selangor (3.30 petang) dan Wilayah Persekutuan (8.30 malam).

Sesi itu akan diadakan di Kelantan pada 6 Oktober pukul 9.30 pagi, Terengganu (3.30 petang), Pahang (9 malam) dan 8 Oktober di Negeri Sembilan (9.30 malam), Melaka (3.30 petang) dan Johor (8.30 malam).

Bagi Sabah, sesi pengenalan calon diadakan di Badan Perhubungan Umno Sabah pada pukul 3.30 petang, 9 Oktober.

Sebanyak 260 calon bertanding jawatan Umno pusat selepas Ketua Penerangan Wanita Umno Datuk Hamidah Osman menarik diri daripada bertanding Naib Ketua Wanita. Pemilihan bagi Exco ketiga-tiga sayap diadakan pada 12 Oktober dan MT pada 19 Oktober. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan