Rosnah Harap Penggantinya Mampu Beri Kekuatan Kepada Pemimpin Lebih Tinggi

Diterbitkan: Khamis, 26 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rosnah (dua, kiri) mewakili Puteri Umno bertukar dokumen MoU antara IIM yang diwakili oleh Presidennya Datuk Dr. Mohd Tap Salleh (dua, kanan) di Kuala Lumpur, Selasa.- FotoBERNAMA
Rosnah (dua, kiri) mewakili Puteri Umno bertukar dokumen MoU antara IIM yang diwakili oleh Presidennya Datuk Dr. Mohd Tap Salleh (dua, kanan) di Kuala Lumpur, Selasa.- FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin mengharapkan supaya calon yang dipilih bagi menggantikannya dalam pemilihan Oktober ini mampu memberi kekuatan kepada pemimpin lebih tinggi demi survival parti.

Beliau berkata, Puteri Umno perlu diperlihatkan sebagai pergerakan yang dapat memberi kekuatan dan sumbangan terbaik serta menjadi aset cemerlang kepada parti.

"Pada saya, kekuatan seseorang pemimpin itu apabila dia mampu memberikan kekuatan kepada pemimpin yang lebih atas.

"Ini kerana apa yang penting adalah survival Umno itu sendiri dan Puteri berperanan untuk memastikan Umno dan Barisan Nasional dapat meneruskan perjuangan pentadbiran di negara kita," katanya pada sidang media sempena Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman Institut Integriti Malaysia (IIM) dan Puteri Umno di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai calon Ketua Puteri Umno yang menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin dan Ketua Puteri Umno Petaling Jaya Selatan, Jamilah Hanim Othman.

Menurut Rosnah, kedua-dua calon yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Puteri Umno mempunyai kekuatan masing-masing dan kewibawaan yang cukup jelas.

"Saya yakin, siapa saja yang terpilih, mereka mampu untuk membawa Puteri ke arah yang lebih cemerlang dan dibanggakan.

"Saya selaku pemimpin yang akan meninggalkan Puteri, saya bersedia untuk membantu adik-adik saya dalam kapasiti apa saja sekalipun kerana jiwa, kasih dan sayang saya sentiasa dengan pergerakan ini," katanya.

Ditanya mengenai calon pilihannya, Rosnah berkata, "kedua-duanya adalah calon favourite (pilihan) saya, kedua-duanya adalah anak buah saya, askar saya.... orang kata (seperti) adik-adik saya. Saya menyokong kedua-duanya dan saya doakan yang terbaik untuk mereka berdua.

"Saya yakin dan percaya, siapa pun antara mereka yang terpilih, pergerakan Puteri akan berada pada keadaan terbaik, insyaAllah," katanya.

Bagi Rosnah, siapa saja yang menang dalam pemilihan parti itu nanti perlu bertanggungjawab untuk merapatkan kembali barisan dan memastikan pergerakan Puteri Umno berada pada keadaan paling kukuh.

Ini kerana katanya, apa yang penting adalah persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

"Yang penting pada kita bukan individu tetapi perjuangan dan kesinambungan kepimpinan Puteri serta kekuatan ahli-ahli supaya dapat memberikan sumbangan yang terbaik kepada parti," katanya.

Rosnah yang merupakan penyandang Ketua Puteri Umno akan mengosongkan jawatan tersebut kerana beliau telah melebihi had umur kepimpinan pergerakan itu iaitu 40 tahun.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan