Pindaan Akta Pencegahan Jenayah Bolehkan Suspek Ditahan Dua Tahun - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Khamis, 26 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pindaan Akta Pencegahan Jenayah 1959 yang dibentang di persidangan Dewan Rakyat pada Rabu membenarkan penahanan tanpa perbicaraan bagi tujuan ketenteraman awam, keselamatan awam atau pencegahan jenayah.

Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 itu dibentangkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi bacaan kali pertama yang antara lain membenarkan penahanan tanpa pertuduhan jenayah atau tanpa perbicaraan sebagaimana yang pernah diperuntukkan dalam Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.

Kuasa perintah tahanan itu diberikan kepada Lembaga Pencegahan Jenayah, yang akan ditubuhkan di bawah rang undang-undang itu, yang akan dipengerusikan sama ada oleh Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan atau Hakim Mahkamah Tinggi bersama dua anggota.

Lembaga itu boleh mengeluarkan arahan penahanan seseorang yang ditahan di bawah rang undang-undang itu, tidak melebihi dua tahun tanpa bicara.

Selain mempunyai kuasa melanjutkan tempoh tahanan kepada dua tahun lagi sekiranya didapati perlu demi kepentingan ketenteraman awam, keselamatan awam atau pencegahan jenayah.

Bagaimanapun arahan tahanan oleh pihak lembaga terbabit boleh disemak semula di Mahkamah Tinggi.

Peruntukan bagi penubuhan lembaga itu serta tanggungjawabnya merupakan bahagian baharu iaitu bahagian IVA di bawah seksyen 19A berhubung Perintah Tahanan.

Rang undang-undang itu juga membenarkan polis menggunakan peranti pengawasan elektronik terhadap orang yang direman dan dibenarkan dilepaskan sementara menunggu inkuiri.

Rang undang-undang itu juga memasukkan satu seksyen baharu iaitu 7B dan 7C untuk menubuhkan Lembaga Pencegahan Jenayah bagi menggantikan menteri, dan anggota lembaga itu dilantik Yang di-Pertuan Agong.

Sementara peranan menteri adalah untuk mengemukakan laporan tahunan berhubung segala perkara berkaitan dengan peruntukan bahagian IVA kepada Parlimen, dan Parlimen turut diberi hak untuk mengkaji semula bahagian IVA setiap lima tahun. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan