Pemilihan Umno: Calon Bankrap, Kes Mahkamah Masih Boleh Dinyahsenaraikan

Diterbitkan: Khamis, 26 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Calon-calon yang nama mereka didapati tersenarai di dalam Jabatan Insolvensi atau masih terdapat kes yang sedang dalam perbicaraan di mahkamah akan tetap dinyahsenaraikan daripada bertanding dalam pemilihan Umno Oktober ini.

Setiausaha Kerja Umno, Datuk Abdul Raof Yusoh berkata, Ibu Pejabat Umno masih sedang dalam proses melakukan saringan melalui Jabatan Insolvensi dan pihak mahkamah bagi memastikan tiada calon yang bankrap atau masih didakwa di mahkamah bertanding dalam pemilihan parti kali ini.

"Mana-mana calon yang didapati dalam senarai insolvensi secara automatik namanya akan dinyahsenaraikan sebagai calon bagi semua peringkat.

"Jika mereka ada kes jenayah, kes mahkamah, yang didakwa dalam tempoh ini, mereka juga akan dinyahsenaraikan," katanya pada sidang media pengumuman calon bertanding, di sini, Rabu.

Kata Raof, senarai yang dikeluarkan pada Rabu hanyalah senarai selepas menunggu tempoh calon-calon menarik diri daripada bertanding.

Hanya seorang calon diumumkan menarik diri iaitu Ketua Penerangan Wanita Umno, Datuk Hamidah Osman yang terdahulu menawarkan diri bertanding jawatan naib ketua Wanita.

Abdul Raof juga berkata, setelah saringan dan siasatan selasai dilakukan, satu lagi senarai calon yang telah disenarai pendek akan diumumkan.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan indikasi bila senarai muktamad akan diumumkan tetapi memberi jaminan siasatan akan selesai pada atau sebelum 7 Oktober.

Katanya, terdapat 33,682 calon bagi semua peringkat termasuk bahagian yang akan disaring pada kali ini.

"Kita ada 33,682 calon yang kita sedang teliti dan buat saringan, kita bekerja 24 jam untuk ini dan mencari semua maklumat," katanya lagi.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan