Pemergian Azizan Tidak Jejas Peluang PR Kekalkan Kerusi DUN Sg Limau - Azmin

Diterbitkan: Khamis, 26 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemergian bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak tidak akan menjejaskan peluang Pakatan Rakyat untuk mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, kata Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali.

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak turut menolak dakwaan berkenaan kerana menurutnya Azizan telah melahirkan ramai pemimpin pelapis ketika era pemerintahan sebagai Menteri Besar di Kedah.

"Kita tidak nafikan perkara itu, namun beliau telah melahirkan ramai pemimpin pelapis di Kedah. Ini juga tidak akan membantutkan peluang Pakatan Rakyat kerana beliau telah meletakkan asas yang begitu kukuh," katanya ketika ditemui pemberita di Lobi Parlimen pada Khamis.

Beliau menyifatkan pemergian Azizan sebagai satu kehilangan kepada pimpinan Pakatan Rakyat kerana beliau merupakan tokoh yang mengukuhkan hubungan di kalangan pemimpin tertinggi pakatan pembangkang ketika era Barisan Alternatif lagi.

"Pemergian beliau bukan hanya kehilangan kepada PAS malah satu kehilangan yang besar kepada Pakatan Rakyat. Kita mendoakan beliau mendapat 'khusnul khatimah' dan rohnya ditempatkan di sisi para solihin.

"Semoga keluarga beliau tabah dalam menghadapi ujian ini," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan pemergian Azizan sebagai satu kehilangan yang cukup besar kepada parti dan negara.

Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Azizan.

"Saya ingin ucap takziah kepada keluarga ustaz azizan atas kembalinya Allahyarham ke rahmatullah.

"Satu perkara yang sagat meyedihkan saya, atas pemergian beliau. Pengorbanan dan jasa beliau cukup besar kepada parti terutamanya sepanjang lima tahun beliau menerajui kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah.

"Beliau berjaya melakarkan satu landskap baru politik Kedah dan melakarkan perubahan baru kepada urus tadbir negeri berkenaan," katanya.

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamruddin Jaafar berkata beliau mengenali Allahyarham sejak zaman ketika beliau menuntut dalam jurusan undang- undang bersama dengan Azizan di Universiti Kent, Canterbury, England.

"Beliau merupakan mentor dan rakan penasihat yang sangat baik. Saya cukup merasai kehilangannya. Beliau memiliki pakej yang lengkap sebagai seorang pemimpin ulama yang sangat dihormati.

"Saya doakan semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman," katanya.

Azizan,69, meninggal dunia akibat jangkitan darah dan beberapa kegagalan organ untuk berfungsi di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada pukul 11.05 pagi, Khamis.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan