Malaysia-Indonesia Bekerjasama Daftar Pekerja Tiada Permit

Diterbitkan: Khamis, 26 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Malaysia dan Indonesia akan bekerjasama bagi mendaftarkan pekerja republik itu yang masuk secara sah namun tiada permit kerja di negara ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, program itu akan dijalankan oleh Kedutaan Indonesia di sini bermula 15 Oktober ini.

Menerusi program itu pekerja Indonesia yang sudah didokumentasi akan diberi kad pekerja yang warnanya mengikut sektor, katanya dalam sidang media selepas menerima kunjungan Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia Muhaimin Iskandar, di sini Khamis.

"Kad pekerja ini juga akan menggantikan 'Journey Performed Visa' yang akan dimansuhkan pengeluarannya pada 30 September ini," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta semua majikan yang berkenaan tampil di Kedutaan Indonesia untuk melengkapkan proses dokumentasi pekerja mereka, manakala bagi yang tiada majikan pula kedutaan tersebut akan melantik syarikat penaja.

Katanya, program itu yang akan dilaksana selama tiga bulan bertujuan menangani isu kira-kira 490,000 pekerja asing di negara ini yang mempunyai pasport namun tiada permit kerja.

Mengulas perkara lain, Ahmad Zahid berkata kerajaan Indonesia telah mengurangkan bayaran pengambilan pembantu rumah Indonesia sebanyak RM200 kepada RM7,800 selain proses dipercepat daripada 80 kepada 42 hari.

Sementara itu di JAKARTA, Muhaimin sebelum berlepas ke Malaysia pada Khamis dilapor berkata beliau akan cuba membincangkan isu Wilfrida Soik, pembantu rumah dari republik berkenaan yang sedang dibicarakan atas pertuduhan membunuh majikannya, dengan Ahmad Zahid. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan