Abu Mayat Atau Memorabilia Chin Peng Tidak Dibenar Masuk Ke Negara Ini - KPN

Diterbitkan: Khamis, 26 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Khalid Abu Bakar. Foto AZMAN GHANI / THE STAR
Khalid Abu Bakar. Foto AZMAN GHANI / THE STAR

KUALA LUMPUR: Sama ada abu mayat atau memorabilia Chin Peng, kedua-duanya tidak akan dibenarkan masuk ke dalam negara, tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Pendirian Khalid itu bagaimanapun bertentangan dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memberitahu kepada para pemberita di Parlimen pada Rabu bahawa Kementerian Dalam Negeri tidak mempunyai hak untuk menghalang sesiapa daripada membawa abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM).

Khalid berkata, polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau pihak yang cuba untuk menghidupkan kembali pergerakan komunis di negara ini, termasuk membawa masuk memorabilia Chin Peng.

Mengulas mengenai penahanan dua lelaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada Selasa, Khalid berkata, polis merampas beberapa video cakera padat (VCD) dan bahan bacaan berkaitan Chin Peng.

"Membawa barang-barang seperti itu masuk ke negara ini adalah tidak dibenarkan sama sekali," katanya pada sidang media sempena perjumpaan dengan Angkatan Tentera Malaysia untuk Strategi Laut Biru Kebangsaan (NBOS) di Wisma Pertahanan pada Rabu.

Beliau menambah bahawa polis turut membuat penahanan yang serupa di Bukit Kayu Hitam baru-baru ini.

"Ia bukan pertama kali pihak tertentu cuba untuk menyeludup masuk barangan Chin Peng ke dalam negara.

"Beginilah saya katakan lagi, Chin Peng bukan warganegara Malaysia, malah dia seorang pengkhianat. Mayat atau abu mayat atau memorabilia dia tidak akan dibenarkan masuk ke negara ini," tegas Khalid.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan