11 Ahli MT Umno Tidak Pertahan Jawatan, Buka Laluan Kepada Muka Baharu

Diterbitkan: Khamis, 26 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hampir separuh daripada barisan 25 ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno tidak akan mempertahankan jawatan pada pemilihan parti, membuka jalan kepada ramai muka baru untuk menyertai badan tertinggi Umno yang bertanggungjawab membuat keputusan.

Hanya 14 daripada 25 ahli MT akan mempertahankan kerusi mereka. Mereka akan disertai seramai 50 calon lain, menjadikan calon yang bertanding untuk jawatan ini seramai 64 orang.

64 calon ini adalah di kalangan 260 calon yang bertanding untuk jawatan MT dan tiga sayap.

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya Umno Tan Sri Tajol Rosli Ghazali mengumumkan senarai penuh calon pada sidang akhbar, Rabu.

Penyandang yang memilih untuk tidak mempertahankan jawatan terdiri daripada pemimpin senior dalam parti dan pemimpin Umno negeri.

Ketua Umno negeri yang tidak bertanding adalah Datuk Seri Mohd Khaled Nordin (Johor), Datuk Seri Adnan Yaakob (Pahang), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (Perak), Datuk Seri Ahmad Said (Terengganu), Datuk Seri Musa Aman (Sabah), Datuk Seri Noh Omar (Selangor) dan Datuk Zainal Abidin Osman (Pulau Pinang).

Pemimpin senior dalam parti yang akan membuka jalan untuk perubahan adalah bekas Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor, bekas Ahli Parlimen Sepang Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, bekas Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin dan bekas Ahli Parlimen Setiawangsa Datuk Seri Zulhasnan Rafique.

Khaled berkata beliau tidak bertanding untuk memberi tumpuan kepada pentadbiran Johor sementara Zambry mahu membuka laluan kepada "ahli-ahli parti yang layak ".

Ketua Umno Bahagian Keningau dan Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Sairin Karno berkata, beliau menawarkan diri untuk bertanding kerana percaya ini adalah masa yang sesuai untuk menawarkan diri berkhidmat kepada parti di peringkat kebangsaan.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang akan mempertahankan jawatan bagi penggal keduanya berkata beliau percaya masih boleh berkhidmat untuk Umno dan ahli-ahlinya.

"Saya mahu membantu presiden untuk mengukuhkan Umno supaya ia boleh meneruskan agenda dan perjuangan Melayu."

Tajol Rosli juga mengesahkan Datuk Hamidah Osman telah menarik diri dalam persaingan, sambil menambah seramai 33,682 ahli akan bertanding untuk pelbagai jawatan di peringkat bahagian selepas 268 calon menarik diri.

Beliau juga mengesahkan bahawa tiada seorang pun daripada enam calon naib presiden naib, lima calon Ketua Pemuda Umno, tiga calon Wanita Umno dan dua calon ketua Puteri menarik diri.

Setiausaha Kerja Umno Datuk Rauf Yusuh berkata, parti itu akan menyaring semua calon yang muflis dan berada dalam tempoh dakwaan kes-kes jenayah di mahkamah.

"Mereka yang namanya dalam senarai Jabatan Insolvensi atau yang telah menunggu kes mahkamah jenayah akan dibatalkan serta-merta."

Senarai akhir calon yang dijangka diketahui selewat-lewatnya pada 7 Oktober .

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan