Shafie Jadi Sasaran Akaun Facebook Palsu Menjelang Pemilihan Umno

Diterbitkan: Rabu, 25 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menjadi sasaran kempen siber menjelang pemilihan parti berikutan kemunculan akaun Facebook palsu menggunakan namanya.

Laman Facebook itu memaparkan gambar beliau pada gambar profil.

Ia dipercayai telah diwujudkan pada minggu lepas, dan menerima kira-kira 1,022 "like" (suka) sebelum ia dipadamkan pada Isnin.

Akaun Facebook rasmi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu adalah “Shafie Apdal Official”.

Mohd Shafie berkata, beliau bimbang apabila terdapat beberapa pihak menggunakan nama beliau untuk kepentingan peribadi.

"Individu itu atau mereka yang telah mencatatkan komen yang kononnya dibuat oleh saya tentang bertanding untuk naib presiden.

"Komen-komen itu, nampaknya ditujukan kepada mereka yang bertanding untuk jawatan itu yang begitu keras dan berniat jahat untuk menyebabkan permusuhan antara calon-calon.

"Saya harap mereka yang terlibat (dalam mewujudkan akaun FB palsu) akan berhenti menggunakan nama saya untuk kepentingan peribadi mereka.

"Jangan gunakan apa-apa platform untuk merayu undi," katanya pada Selasa.

Mohd Shafie berkata, pegawai-pegawainya telah membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Beliau menegaskan bahawa kejadian itu tidak menjejaskan kempennya untuk mempertahankan jawatan itu.

"Saya tidak tahu mengapa saya menjadi sasaran kerana saya tidak fikir saya begitu popular atau begitu kuat bahawa orang lain (calon) merasakan saya sebagai satu ancaman kepada mereka.

"Saya juga tidak tahu siapa yang melakukan perkara ini," katanya.

Selain Shafie, dua naib presiden lain, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut mempertahankan kedudukan mereka.

Ketiga-tiga mereka dicabar oleh Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir, bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan