Sesi Pengenalan Calon 1 hingga 9 Oktober Ini

Diterbitkan: Rabu, 25 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ibu Pejabat Umno dengan kerjasama Badan Perhubungan Umno Negeri akan mengadakan sesi memperkenalkan calon bagi memudahkan akar umbi memilih calon pilihan mereka pada pemilihan kali ini.

Setiausaha Kerja Umno, Datuk Abdul Raof Yusoh berkata sesi pengenalan calon akan bermula pada 1 hingga 9 Oktober depan.

"Kita akan mulakan sesi memperkenalkan calon ini pada 1 Oktober di tiga negeri iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang di pejabat badan perhubungan Umno negeri.

"Pada 4 Oktober pula kita akan adakan 'road tour' calon di Perak, Selangor di pejabat perhubungan Umno Perak dan Selangor, dan Wilayah Persekutuan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) " katanya pada sidang media pemilihan Umno 2013 di PWTC.

Pada 8 Oktober pula, Abdul Raof berkata sesi pengalan calon akan diadakan di Pejabat Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Johor dan Melaka.

Akhir sekali, pada 9 Oktober 'road tour' calon akan diadakan di pejabat Perhubungan Umno Sabah.

"Inilah sesi pengenalan calon yang telah diaturkan oleh ibu pejabat parti dengan kerjasama semua badan perhubungan negeri dan kita harap calon dapat mengikutinya," katanya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan