PM Bertemu Pengerusi Facebook Mark Zuckerberg - Berita Semasa | mStar

PM Bertemu Pengerusi Facebook Mark Zuckerberg

Diterbitkan: Rabu, 25 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SAN FRANCISCO: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan pertemuan peribadi dengan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Facebook Mark Zuckerberg di ibu pejabat media sosial gergasi itu di Menlo Park pada Selasa.

Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) dalam kenyataan di sini berkata, Najib dan Zuckerberg membincangkan mengenai usaha kerjasama yang kemungkinan boleh dilakukan antara Facebook dan Malaysia.

Perbincangan berkisar terhadap usaha untuk merapatkan jurang digital dan mendekatkan kemudahan Internet serta peluang-peluang digital lain kepada mereka yang tidak berhubungan atau berkaitan setakat ini.

Pada 20 Ogos tahun ini, Facebook, bersama rakan pengasasnya Ericsson, Mediam Tek, Nokia, Opera, Qualcomm dan Samsung, melancarkan Inernet.org, suatu inisiatif untuk menjadikan kemudahan Internet tersedia bagi lima bilion orang lain.

Pertemuan itu tertumpu kepada menangani tiga cabaran utama - menjadikan akses Internet yang mampu dimiliki, penggunaan data secara lebih efisien dan membantu menyediakan kemudahan untuk memacu perniagaan - di negara-negara membangun.

"Internet.org merupakan inisiatif yang murni dan berani serta adalah suatu yang terpuji bahawa industri ini melakukan cubaan untuk menjadi inkklusif dan merapatkan jurang digital. Matlamatnya selaras dengan aspirasi Digital Malaysia, yang berusaha untuk memperkasa secara digital lebih banyak rakyat Malaysia bagi meraih peluang dalam Ekonomi Digital," Najib dipetik berkata demikian dalam kenyataan itu. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan