PM Bertemu CEO Facebook, Lawat Pejabat Google

Diterbitkan: Rabu, 25 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SAN FRANCISCO: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkesempatan bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg dan melawat pejabat Google di Silicon Valley.

Najib dalam lawatan kerja selama tiga hari melawat Silion Valley, dan menghabiskan separuh hari untuk setiap lawatan di ibu pejabat media sosial gergasi di Menlo Park dan ibu pejabat enjin carian gergasi di Mountain View pada Selasa.

"Pengalaman ini amat menarik, pembuka mata yang bukan sahaja pada produk tetapi juga gaya hidup, terutama budaya inovasi.

"Bagaimana kita mempromosikan budaya inovasi? Ia bukan mengenai kelengkapan, ia bukan mengenai peraturan dan insentif tetapi cara kehidupan dan budaya inovasi di mana ia begitu penting kerana menguatkan inovasi itu untuk benar-benar berjaya," katanya kepada wartawan Malaysia yang turut mengikuti lawatan itu.

Perdana Menteri berkata, semasa lawatannya ke Facebook, syarikat itu menyatakan kesudian mereka untuk bekerjasama dengan Kerajaan Malaysia dalam usaha untuk memperkasakan lagi pembabitan rakyat untuk mempelajari apa yang mereka mahukan.

Tawaran oleh Facebook itu turut membolehkan Kerajaan memaklumkan kepada rakyat mengenai dasar-dasar baru.

Malaysia merupakan antara pengguna Facebook paling ramai di dunia, yang mencatatkan kedudukan ke-18, dengan 12.7 juta pengguna.

Lawatan selama tiga jam Najib ke Google memperlihatkan beliau mencuba produk inovatif terbaru termasuk Google Glass dan kereta tanpa pemandu Google.

Dua lawatan pada Selasa itu merupakan sebahagian daripada siri perbincangan dan domostrasi untuk lawatan Perdana Menteri ke Silion Valley yang dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC).

Perdana Menteri akan terbang ke New York pada Isnin untuk menghadiri sesi ke-68 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan