Pemilihan Umno: Mazlan Yakin Akar Umbi Sokong Beliau

Diterbitkan: Rabu, 25 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Bekas calon Barisan Nasional (BN) bagi parlimen Permatang Pauh Dr Mazlan Ismail yakin anggota akar umbi akan menyokong beliau sebagai Timbalan Ketua Umno Permatang Pauh dalam pemilihan Oktober ini.

Beliau berkata keyakinan itu berdasarkan maklum balas yang diterimanya walaupun beliau baru sahaja menyertai Umno.

"Inilah yang dinamakan sebagai demokrasi dalam Umno, sesiapa sahaja anggotanya boleh bertanding," katanya dalam sidang media, di sini Rabu.

Menurut Mazlan, walaupun masih baharu dalam parti, beliau mahu menyumbang tenaga memastikan perubahan dalam Umno berlangsung dengan baik.

Selain Mazlan, jawatan itu ditandingi oleh dua yang lain iaitu penyandang Datuk Nasir Abdullah dan bekas calon BN untuk kawasan Dewan Undangan Negeri Penanti, Ibrahim Ahmad. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan