Muhyiddin Peringat Calon Patuhi Kod Etika Pemilihan Umno

Diterbitkan: Rabu, 25 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lembaga Disiplin Umno telah diarah untuk mengingatkan semua anggota perwakilan dan calon parti supaya mematuhi 'kod etika pemilihan' pada pemilihan parti bulan depan.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, semua calon yang bertanding perlu memastikan mereka tidak melanggar etika yang ditetapkan kerana mereka akan dikenakan tindakan disiplin jika didapati bersalah.

Peringatan itu penting memandangkan banyak calon pada pemilihan kali ini merupakan muka baru, katanya kepada wartawan selepas merasmikan Persidangan Undang-Undang Persaingan yang pertama di sini, Rabu.

"Saya telah meminta Pengerusi Lembaga Disiplin, Tengku Tan Sri Ahmad Rithaudeen untuk memaklumkan secara lebih terperinci apa yang tersenarai dalam etika pemilihan parti (kepada para calon)," katanya.

Timbalan perdana menteri turut menegaskan supaya semua calon menjalankan kempen dan pemilihan mengikut peraturan dan bertertib.

Kod etika pemilihan Umno yang mula dilaksanakan pada pemilihan parti 2009 antara lain memberi penekanan berhubung rasuah politik yang disenaraikan sebagai kesalahan besar, selain kesalahan menfitnah pihak lawan.

Muhyiddin berkata calon yang bertanding, yang masih samar-samar mengenai kod etika dan peraturan pemilihan parti, perlu merujuk kepada Lembaga Disiplin untuk mendapatkan pemahaman yang lebih lanjut mengenai isu berbangkit.

Ini kerana calon yang melanggar kod etika pemilihan boleh dihadapkan ke Lembaga Disiplin, dan berisiko menghadapi keputusan pemilihan mereka dibatalkan jika memenangi sesuatu jawatan, katanya.

Mengenai tindakan banyak calon yang menarik diri daripada pertandingan semasa tempoh 'bertenang' yang berakhir pada Selasa, beliau berkata ia merupakan keputusan calon terlibat dan amalan itu dibenarkan.

"Mungkin kerana selepas menyerahkan borang, baru mereka tahu siapa yang bertanding, dan mereka memutuskan untuk menarik diri upaya memberi laluan kepada calon lain yang mereka lihat lebih kuat, berpengalaman dan berwibawa," katanya.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata bayaran RM20juta kepada firma perunding McKinsey and Co bagi menjalankan kajian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) adalah berpatutan kerana ia melibatkan eksesais yang besar.

"Ia bukan suatu perkara yang kita buat bersendirian kerana kita adakan perundingan, mengambil khidmat pakar dari peringkat antarabangsa, turun ke setiap negeri, buat hari terbuka dan sebagainya dalam tempoh dua tahun. Ia bukan sesuatu yang mudah," katanya.

Beliau berkata, Kementerian Pendidikan akan menjelaskan perkara itu lebih lanjut selepas semua bayaran itu diperincikan. - BERNAMA VMP HK RON

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan