Ketua Polis P.Pinang Terima SMS Ugutan

Diterbitkan: Rabu, 25 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi membuat laporan polis selepas menerima beberapa ugutan menerusi khimat pesanan ringkas (SMS) daripada individu tidak dikenali.

Beliau yang menerima lebih daripada tiga SMS ugutan pada Isnin membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini pukul 9 malam Selasa.

Antara kandungan SMS berkenaan ialah "Hello kepala Penang mau kasi ingat U sudah ambil saya punya kawan lima orang, U jangan ingat U The Best". Selain itu pengirim SMS tersebut turut mengugut untuk "mengambil" Abdul Rahim atau rakannya jika tidak berjaya "mengambil" Abdul Rahim.

Kesemua SMS terbabit diterima daripada nombor yang sama bermula pukul 9 pagi ketika Abdul Rahim berada di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri di sini.

Sementara itu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kandungan SMS yang diterima oleh Abdul Rahim.

Polis sedang menjalankan siasatan, katanya.

Dalam pada itu Abdul Rahim gagal dihubungi. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan