Kerajaan Wujud Makmal Tangani Penyebaran Fahaman Syiah - Jamil Khir

Diterbitkan: Rabu, 25 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah mewujudkan makmal bagi merumuskan pelan tindakan dalam menangani dan membendung penyebaran ajaran Syiah dalam kalangan masyarakat, membabitkan pelbagai agensi berkaitan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata agensi itu termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), semua Jabatan Agama Islam Negeri, Kementerian Pendidikan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri (kdn).

"Makmal ini telah diadakan di Melaka bagi membincangkan isu mengenai Syiah ini dan kita nak supaya dapat menghadapi mereka dengan kemas dan lengkap," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Penyelarasan Penguatkuasaan Undang-undang Syariah di sini, Rabu.

Turut hadir Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha.

Jamil Khir berkata Jakim juga akan melaksanakan program penerangan bagi memberi kefahaman tentang bahaya Syiah kepada umum di seluruh negara kerana penganut Syiah sukar dikesan secara fizikal.

"Kita akan buat roadshow ke seluruh negera termasuk di peringkat sekolah, institusi pengajian tinggi, badan bukan kerajaan dan parti politik bagi memberi penjelasan mengenai bahaya Syiah dan ciri-ciri mengenalnya," katanya.

Jamil Khir berkata beliau telah mengarahkan semua negeri mewartakan fatwa pengharaman Syiah bagi memudahkan tindakan penguatkuasaan terhadap penganut dan penyebar fahaman itu.

Mengenai mesyuarat pada Rabu, beliau berkata antara yang dibincangkan ialah aspek penguatkuasaan dan pengawalan dalam penggunaan perkataan yang dikhususkan untuk orang Islam, seperti kalimah Allah, firman, rasul dan wahyu dalam usaha untuk mengekalkan keharmonian antara agama di negara ini.

Mesyuarat itu yang dianjurkan Jakim dihadiri wakil pelbagai agensi berkaitan seperti Jabatan Agama Islam Negeri, penasihat undang-undang negeri, KDN dan Kementerian Pendidikan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan