Jamilah Mahu Fokus 'Empat Kuasa' Jika Dipilih Ketua Puteri Umno

Diterbitkan: Rabu, 25 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jamilah Hanim Othman.
Jamilah Hanim Othman.

KUALA LUMPUR: Ketua Puteri Umno Petaling Jaya Selatan, Jamilah Hanim Othman merancang untuk memfokuskan 'empat kuasa' sekiranya beliau dipilih menjadi ketua pergerakan itu dalam pemilihan parti Oktober ini.

Beliau yang juga Pengerusi Biro Sukarelawan Puteri Umno berkata, empat kuasa atau perkara itu terdiri daripada aspek politik, ekonomi, sosial dan teknologi.

"Dalam politik, saya akan menekankan tentang integriti. Puteri Umno membudayakan integriti di kalangan ahli dan sukarelawan. Dalam politik juga kita menekankan keahlian dan pengundi-pengundi baru.

"Bagi ekonomi, Puteri Umno dapat memainkan peranan yang efektif dengan menghubungkan ahli-ahli dengan kerajaan mengenai perniagaan dan pengurusan kewangan.

"Dari segi sosial, kita mahu menangani dan membanteras isu-isu jenayah ragut dan rogol serta menekankan usaha kerajaan untuk mewujudkan pusat Taska 1Malaysia bagi meringankan beban mereka dari segi pengasuhan dan penjagaan kanak-kanak.

"Dari segi teknologi pula adalah bagaimana untuk kita mendekati generasi muda menerusi media sosial. Puteri Umno akan memainkan peranan yang aktif untuk menyampaikan maklumat yang sebenarnya dengan integriti," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Institut Integriti Malaysia (IIM) dan Pergerakan Puteri Umno di sini, Selasa.

Turut hadir Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Presiden IIM, Datuk Dr Mohd Tap Salleh.

Jamilah akan merebut jawatan Ketua Puteri Umno dengan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin bagi mengisi kekosongan jawatan sayap itu pada pemilihan parti.

Menurut Jamilah, beliau akan berusaha keras untuk berkempen secara sihat bagi menyampaikan aspirasi beliau untuk kebaikan parti.

Ini juga katanya, perkara-perkara yang beliau mampu atau hendak dibawakan dalam pergerakan Puteri Umno.

Ditanya mengenai peluang untuk menang, Jamilah berkata, ia bergantung kepada para perwakilan dalam menilainya sebagai calon.

"Apabila saya berjumpa dengan mereka, dari situ mereka menilai. Mungkin mereka tidak kenal tetapi kalau tidak berjumpa, mereka tidak akan tahu.

"Sehingga hari ini, hendak kata peluang saya tinggi atau rendah... kita tunggulah pada 12 Oktober nanti (pemilihan sayap parti)," katanya.

Rosnah yang merupakan penyandang Ketua Puteri Umno akan mengosongkan jawatan tersebut berikutan beliau telah melebihi had umur kepimpinan pergerakan itu iaitu 40 tahun.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan