Jadual Sesi Pengenalan Calon Ahli MT, Exco Pergerakan Sayap Umno

Diterbitkan: Rabu, 25 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Semua calon bagi jawatan tertinggi dalam Umno akan diperkenalkan kepada anggota perwakilan di setiap negeri bermula 1 Oktober depan.

Menurut Umno-Online pada Rabu, sesi pengenalan itu akan diadakan di pejabat Bahagian Perhubungan Umno Negeri (BPUN) masing-masing.

Berikut adalah senarai jadual sesi pengenalan semua calon Ahli Majlis Tertinggi dan Exco Pergerakan Sayap Umno, Wanita, Pemuda dan Puteri yang akan bertanding pada pemilihan parti bulan depan:

1 Oktober (Selasa)

BPUN Perlis, 9.30 pagi

BPUN Kedah, 3.30 petang

BPUN Pulau Pinang, 8.30 malam

4 Oktober (Jumaat)

BPUN Perak, 9.30 pagi

BPUN Selangor, 3.30 petang

BPUN Wilayah Persekutuan (PWTC), 8.30 malam

6 Oktober (Ahad)

BPUN Kelantan, 9.30 pagi

BPUN Terengganu, 3.30 petang

BPUN Pahang, 9.00 malam

8 Oktober (Selasa)

BPUN Negeri Sembilan, 9.30 pagi

BPUN Melaka, 3.30 petang

BPUN Johor, 8.30 malam

9 Oktober (Rabu)

BPUN Sabah, 3.30 petang.

Pemilihan ketiga-tiga sayap peringkat bahagian dan pusat akan diadakan 12 Oktober.

Mesyuarat dan pemilihan kepimpinan di peringkat Bahagian dan hari pemilihan untuk ahli Majlis Tertinggi akan diadakan serentak pada 19 Oktober nanti.

Tarikh Perhimpunan Agung Umno pula ditetapkan pada 2 hingga 7 Disember ini.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan