Dua Lelaki Ditahan Bersama Bahan Berkaitan Chin Peng Dibebaskan - Berita Semasa | mStar

Dua Lelaki Ditahan Bersama Bahan Berkaitan Chin Peng Dibebaskan

Diterbitkan: Rabu, 25 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Dua lelaki, seorang warga tempatan dipercayai bergelar Datuk Seri dan seorang rakyat Hong Kong yang ditahan di sini malam tadi kerana disyaki memiliki beberapa bahan berkaitan komunis dan bekas pemimpin komunis Chin Peng, dibebaskan awal pagi Rabu dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Hatta Mohd Zain berkata, lelaki warga tempatan berusia 66 tahun dan warga Hong Kong berumur 59 tahun itu dibebaskan selepas polis merekodkan keterangan mereka.

"Selepas merekodkan keterangan mereka, kita bebaskan dengan jaminan polis. Siasatan berhubung kes itu masih dijalankan jadi saya tidak boleh mengulas lanjut," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini Rabu.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012.

Malam Selasa, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, hasil pemeriksaan ke atas bagasi mereka, polis menemui 13 buku berkaitan komunis selain 11 cenderahati dan lapan DVD bertemakan Chin Peng selain gambar mendiang Chin Peng.

Kedua-dua lelaki itu tiba dengan penerbangan komersial dari Bangkok dan ditahan kira-kira 10.30 malam di balai ketibaan selepas 30 minit pesawat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Chin Peng, 89, meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok minggu lepas akibat sakit tua. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan