Bajet Alternatif PR Dibentang Awal

Diterbitkan: Rabu, 25 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat (PR) akan membentangkan Belanjawan Alternatif 2014 sebelum belanjawan rasmi yang akan dikeluarkan kerajaan pada 25 Oktober depan.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, pembentangan bajet alternatif itu dipercayai mampu memberi nilai tambah kepada Bajet 2014 nanti.

"Seperti tahun-tahun lalu kami bentangkan terlebih dahulu sebelum kerajaan, dan seperti selalu juga idea-idea bajet kami akan 'ditiru' oleh kerajaan.

"Belanjawan Alternatif ini juga bertujuan untuk kerajaan mengusulkan sebuah belanjawan yang jujur lagi berani," katanya pada sidang media di lobi Parlimen pada Selasa.

Beliau berkata, sejak 16 tahun lalu belanjawan negara mengalami defisit sehingga memerlukan pembentangan usul pembekalan tambahan setiap tahun.

"PR memandang serius terhadap pembentangan Usul Perbekalan Tambahan ke atas perbelanjaan operasi bernilai RM15.014 billion yang terdiri daripada RM14.13billion untuk perbelanjaan bekalan dan RM888.46juta untuk perbelanjaan tanggungan.

"Usul Perbekalan Tambahan itu memberi tamparan hebat kepada ikrar Perdana Menteri untuk mengurangkan defisit Malaysia, sebaliknya memberi kesan negatif kepada kesihatan perbendaharaan awam Malaysia," katanya. Nurul Izzah berkata, pihaknya mengandaikan tiada perubahan ke atas ramalan pendapatan, nisbah belanjawan ke Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan melonjak kepada 5.5 peratus.

"Nisbah ini menunjukkan kerajaan BN gagal mencapai sasaran empat peratus seperti yang diumumkan mereka ketika pembentangan Belanjawan 2013," katanya.

Menurut Nurul Izzah, Belanjawan Alternatif 2014 yang akan dibentangkan PR itu nanti tertumpu kepada tanggungjawab fiskal yang mampam melalui reformasi struktur belanjawan seperti memperkukuhkan peraturan perbelanjaan dan pembelian aset kerajaan.

Tambah beliau, belanjawam itu juga mampu mengurangkan pembaziran, ketirisan dan kos yang melampau.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan